Register Today

MERCHANT REGISTRATION

Register your business here. Your online journey begins here.

Langkah-Langkah Pendaftaran

Langkah Pertama

Sebelum anda mengisi borang ini, sila rujuk kepada Panduan Pendaftaran dan Kadar Komisen.

Panduan Pendaftaran
Kadar Komisen

Langkah Kedua

Sebelum anda mengisi borang pendaftaran, sila sediakan maklumat berikut.

Senarai Dokumen

Langkah Ketiga

Sila lengkapkan borang pendaftaran ini dan memulakan perniagaan tanpa tunai.

Borang Pendaftaran

Panduan Pendaftaran

Ketahui cara untuk mendafter perniagaan anda dalam Talian.
  1. Sila pastikan semua maklumat dan dokumen adalah lengkap.
  2. Sila merujuk kepada Kadar Komisen bagi program ini.
  3. Menurut jenis perniagaan anda, sila sediakan dokumen yang disenaraikan dalam Senarai Dokumen ini.
  4. Anda telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Pedagang, Dasar Privasi dan Kadar Komisen selepas melengkapkan pendaftaran ini.
  1. Kami akan memproseskan pendaftaran dan menghubungi anda sekiranya terdapat dokumen atau maklumat yang tidak lengkap.
  2. Sekiranya perniagaan anda melibatkan bisnes yang tidak patuh Syariah, kami akan menghubungi anda untuk melengkapkan borang dan document tambahan dalam tempoh masa 2 hari bekerja.
  3. Laman web anda perlu mempunyai sijil SSL yang sah untuk mengurangkan risiko penyalahgunaan maklumat pengguna oleh pihak ketiga. Pendaftaran yang tiada sijil SSL di laman web akan ditolak.
  4. Permohonan anda akan diluluskan dalam tempoh masa 5 hari bekerja sekiranya semua maklumat dan document adalah lengkap.
Bagi permohonan jenis perniagaan dalam talian (Online)
  1. Anda akan menerima notifikasi daripada pihak kiplePay sekiranya pendaftaran anda telah diluluskan. Sila rujuk kepada emel yang mengandungi Payment Gateway Integration Merchant ID, Secret Key dan dokumen API.
  2. Fungsi One-Click Payment akan diaktifkan dalam akaun anda.
  3. Had transaksi harian untuk menerima transaksi adalah RM2000.
Bagi permohonan jenis perniagaan diluar talian (Offline)
  1. Anda akan menerima satu emel yang mengandungi Activation Code daripada pihak kiplePay jika pendaftaran anda telah diluluskan.
  2. Anda boleh muat turun Aplikasi kiplePay Biz daripada Google Store dan mengaktifkan aplikasi ini dengan Activation Code tersebut. Sila pastikan telefon pintar anda adalah Versi Android 4.4 dan keatas.
  3. Sila rujuk kepada Merchant Tutorial untuk memahami operasi Aplikasi kiplePay Biz.
  4. Had transaksi harian untuk menerima transaksi adalah RM2000
  5. 2 hari bekerja selepas setiap transaksi, anda akan menerima pembayaran balik daripada pihak kiplePay dengan penolakan MDR (Kadar Komisen).

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan, sila hubungi:

Digital Perak Corporation Holdings Tingkat 17, Bangunan Perak Techno Trade Centre (PTTC) Bandar Meru Raya, Off Jalan Jelapang 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

1. ZULKIFLI BIN MAZLAN [email protected] 05-526-1881

2. MUHAMMAD IZHHARUDDEEN BIN SULAIMAN [email protected] 05-526-1881

3. FA’AIB BIN JA’AFAR [email protected] 05-526-1881

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat: 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Tutup pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Negeri Perak.

Senarai Dokumen

Ketahui Senarai Dokumen yang diperlukan.
  1. SSM e-Info (ROC) yang terkini.
  2. Salinan Penyata Bank bagi 1 Bulan yang Terkini
  3. Salinan Kad Pengenalan Semua Pemilik
  4. Salinan Kad Pengenalan bagi Pemegang Saham yang memiliki 25% saham dan ke atas.
  5. Min. 3 Gambar Premis Perniagaan (Dalaman dan Luaran Pejabat dengan Papan Tanda Premis Perniagaan)
  1. SSM e-Info (ROB) yang terkini.
  2. Salinan Penyata Bank bagi 1 Bulan yang Terkini
  3. Salinan Kad Pengenalan Semua Pemilik
  4. Min. 3 Gambar Premis Perniagaan (Dalaman dan Luaran Pejabat dengan Papan Tanda Premis Perniagaan)
  1. Certificate of Registration
  2. Minit Mesyuarat (Presiden, Setiausaha & Bendahari sebagai hadirin)
  3. Salinan Penyata Bank bagi 1 Bulan yang Terkini
  4. Salinan Kad Pengenalan Presiden, Setiausaha & Bendahari
  5. Carta Organisasi
  6. Min. 3 Gambar Premis Perniagaan (Dalaman dan Luaran Pejabat dengan Papan Tanda Premis Perniagaan)
  1. Lesen PBT (Pihak Berkuasa Tempatan)
  2. Salinan Kad Pengenalan Pemilik
  3. Salinan Penyata Bank bagi 1 Bulan yang Terkini
  4. Min. 3 Gambar Premis Perniagaan (Dalaman dan Luaran Pejabat dengan Papan Tanda Premis Perniagaan)

Kadar Komisen